Thursday, March 12, 2009

Outstation

Hari Isnin…23.02.09..aku naik kereta dengan bos aku…aku ingat dia nak direct pergi ke penang tetapi dia singgah rumah dia kat bangi dulu..aku nak kata apa ikut jugaklah.. menumpanglah katakan..

Lebih kurang pukul 4.00 petang kami pun bertolak…bos aku bawak kereta..sepanjang jalan macam-macam kami borak..tapi yang sebenarnya dia yang cakap banyak..aku anggukkan je…

Sampai kat tapah kami singgah untuk sembahyang dan minum sikit…bila dah ready aku pulak ambilalih bawak kereta…wah!!!!…bos aku siap tidur mengeruh lagi dalam kereta..dalam hati aku kata ‘tak pe bos..mengeruhlah takat yang mampu..malam nanti kalau aku mengeruh (dengkur) jangan komplen..aku bagi can dulu’

Aku bawak sampai sg. petani…aku heran bos aku ni…sanggup check in hotel kat sg. petani dari kat perai padahal kerja kami esok kat pulau pinang..kan ke jadi kerja terpaksa keluar awal semata-mata nak kejar feri esok…aku nak kata apa…

Selasa..24.02.9..pukul 7.00 pagi kami pergi breakfast dulu…bos aku sakit perut pulak...naik ke bilik balik untuk pergi melabur dulu..lepas tu kami bertolak dari hotel emerald dalam pukul 7.45 pagi…dalam kereta bos aku kata dia sempat tengok MU lawan Inter..aku agak mesti dia tak dapat tidur sebab aku mengeruh kaw-kaw punya malam tu..letih beb..

Kami sampai kat kastam penang pukul 8.45 pagi..lepas settle training pukul 4.00 pm kami blah dari kastam penang..bos aku ajak jumpa anak dia kat Bertam..aku ikut..lepas tu dia ajak pergi jeniang pulak…2 rumah sedara dia kami singgah..pukul 8.30 malam kami gerak dari jeniang…bos aku ajak lagi pergi rumah kawan dia kat sg. petani..kali ni aku angin sikit sebab dengan tak mandi..baju dari pagi tadi..letih lagi..nak ajak aku berjalan pergi rumah kawan dia pulak..nak tak nak dengan muka yang mencuka aku pun ikut!!..nasib baik kawan dia tak ada…selamat aku…jadi aku minta dia hantar aku ke rumah makcik aku kat taman ria…dapatlah aku jumpa makcik pisah aku dengan anak-anak dia…

Rabu 25.02.09..kami ada lawatan ke PPI industries bersama pegawai kastam..orang PPI layan kami dengan baik dan aku puashati dengan lawatan ni..lepas settle semua bos aku ajak pergi Kuala Muda…rumah sedara dia lagi…aku menurut perintah..bos lah katakan…lepas setengah jam lepak kat rumah sedara dia..bos aku ajak pergi patah balik ke Sg. Petani sebab nak keluar duit dan beli ubat..aku dah naik angin dengan bos aku sebab dia tak rancang perjalanan dia!!!!..selama 2 malam kami tidur di Sg. Petani tak ada pulak dia nak beli ubat..last minute baru sibuk nak beli ubat..patah balik pulak tu..habis tu pukul berapa nak bertolak balik ke KL..!

Aku bukan apa..kalau boleh biarlah sampai kat KL waktu petang sebab perancangan dia nak drop kan aku kat KL sentral jadi tak lah aku lewat nak balik kat Banting…selepas keluar duit dan beli ubat dia, kami bertolak balik pukul 3.00 petang..aduh lewat sangat..nasib baik bos aku sudi hantar aku sampai Putrajaya Sentral...aku suruh isteri aku ambik aku..lega sikit..pukul 9.30 mlm baru sampai ke rumah aku..

Lepas ni aku serik nak keluar dengan bos aku ke Utara…banyak sangat tempat singgah dia..bosan dan memenatkan…tapi dia boskan..ikutkan jelah…

Sunday, February 22, 2009

Refleksologi

22.02.09..Aku pergi kursus refleksologi di Kolej Komuniti Kuala Langat

Saja je…ambik pengetahuan…aku sebenarnya lebih berminat belajar bagaimana nak urut satu badan…belajar urat….cara urut yang betul..tapi refleksologi ini buat permulaan untuk aku belajar dengan lebih teratur..

Aku selalu urut sedara mara aku sebelum ni..aku tahu jugak cara nak mengurut tetapi bukan secara keseluruhannya..aku banyak tiru cara orang mengurut sebelum ni..sebab tu aku nak belajar mengurut dengan betul..

Aku belajar ni sebab nak tolong sedara mara terutama isteri aku..isteri aku ni sering sakit badan..aku rasa sebab semua anak aku dilahirkan secara operation..sebab tu banyak urat dia yang putus...aku rasa bertanggungjawab untuk bantu pulihkan badan dia...

Jadi kursus refleksologi yang aku pergi ni buat permulaan asasnya…ustaz rabeh yang mengajar kursus ni..ok lah jugak tetapi tak memenuhi kepuasan aku..kursus ni menumpukan kepada bahagian kaki sahaja…refleksologi lah katakan…tapi dapatlah aku sedikit sebanyak ilmu..

23.02.09..aku akan pergi outstation ke Pulau Pinang…ada training dengan kastam..yang aku boring kena outstation dengan bos aku..kalau cik din ada tak lah aku boring sangat..bos aku ni suka berborak isu-isu yang aku tak berapa gemar..lagi satu dia ni kemut sikit..silap-silap aku yang kena banyak belanja dia…

tapi nak buat macamana…meranalah aku 3 hari ni..layan!!!!!!!

Friday, February 20, 2009

Sejarah – Tadika

1973…Aku masuk tadika tapi aku lupa nama tadika tu..tadika tu sampai sekarang ada lagi Cuma nama saja ditukar…

yang paling aku ingat sekali bila abah hantar aku pergi tadika…aku rilek je mula-mula..tapi bila abah aku blah sebab nak pergi kerja..aku jadi gelabah…nak kata aku tak ada experience masuk tadika aku pernah masuk tadika kat ipoh..tapi yang ni aku rasa lain macam sikit..jadi bila aku masa rehat aku duduk bawah kolong kat taman permainan…aku nangis…alaaa…aku nangis…

aku tak tau kenapa aku nangis…kalau nak ikutkan pejabat abah boleh nampak dari tadika aku..tapi hati aku sayu betul masa tu…airmata aku keluar tapi tak adalah sampai bercucuran pulak…kawan-kawan aku lain tengok je aku…mungkin mereka hairan apahal budak sekor ni duduk bawah kolong nangis pulak…

mungkin aku ingat mak aku…aku rapat gila dengan mak aku jadi bila mak tak ada aku sedih betul..masa kat ipoh tadika aku dekat dengan rumah dan aku fikir kalau aku lari kat mak aku pun boleh...sebab tu aku rilek je…tapi tadika kat sini jauh dari rumah..kalau aku lari balik mau aku sesat sampai chow kit…

alahai anak manja emak…

Thursday, February 19, 2009

demam campak

Anak aku yang bongsu..afiq..kena demam campak…aku kena cuti sebab nanti kalau duduk kat rumah mertua aku berjangkit pada orang lain…

Aku cuti dua hari..rabu dan khamis..dan isteri aku pulak cuti hari jumaat…sepanjang jaga dia tak susah sangat sebab dia tak demam panas cuma biji campak dia yang banyak keluar…afiq ni pun layan PS2 dia…aku pulak ambik kesempatan merehatkan diri aku…tidur dan lepak sepanjang masa..

Aku teringat masa aku kena demam campak dahulu…masa tu aku form 2 dan aku duduk asrama SM Clifford..bila disahkan demam campak aku dibawa ke hospital Kuala Kangsar…aku kena duduk kat wad selama 2 minggu…yang tak bestnya bila waktu malam…tau sajalah kat hospital macam-macam dengar cerita..bila malam menjelma pelbagai bunyi aku dengar…benda jatuhlah…dengar orang ketawalah..orang berjalan ke hulu ke hilir…orang berlari…hai seramm….

Tapi kat hospital aku start pandai main takraw…sebelum ni kalau main takraw macam hampeh..kami (para pesakit) akan main takraw waktu petang..nak hilangkan boring…sejak itulah aku pandai timang bola…tak sangka itu hikmahnya…

Aktiviti aku sepanjang cuti 2 hari ini…pagi-pagi aku hantar isteri aku pergi kerja..breakfast dengan dia dan afiq...balik rumah bagi afiq ubat dan letak ubat sapu kat badan dia..lepas tu dia layan PS2 dan aku layan tv…tengahari aku masak nasi dan panaskan lauk semalam…pukul 2 petang hero dan 2 heroin aku balik dari sekolah jadi meriah sikit rumah aku…meriah dengan mulut diaorang bergaduh…ini tak betul..itu tak betul…5.30 ptg aku ambik isteri aku…lepas tu layan tv lagi…

itu saja aktiviti aku…rilek kepala otak aku dari tengok kerja je…

Sunday, February 15, 2009

Bolasepak

Semalam 15.02.09 ada pertandingan bolasepak untuk semua jabatan dalam company aku…aku dan adik aku terlibat sama dalam penganjuran pertandingan ini..kami juga main untuk jabatan masing-masing…

Team aku kalah dua perlawanan…aku dah cuba terbaik tetapi nampaknya tak cukup nak menang…aku bukannya pandai sangat main tapi yang pasti aku akan beri 100% effort aku…team adik aku pulak menang dua perlawanan tetapi kalah satu perlawanan..dia pun tak lepas nak ke pusingan kedua..adik aku ni dia pandai main kalau compare dengan aku cuma team dia tak cukup kuat nak menang semua game…

Tapi kami dah buat terbaik untuk menganjurkan pertandingan ini..tak ada komplen..tak ada kecederaan serius (bengkak sikit-sikit biasalah)..tak ada pergaduhan..on time…team-team yang memberi kerjasama yang baik dan perlawanan yang bagus…

Yang paling kelakar…kasut aku tercabut masa nak sepak bola..orang booo aku…malu!!!!…akhirnya aku main tak pakai kasut…lain kali aku tak beli kasut kain RM10 lagi sebab memalukan aku..bukan aku kedekut tapi aku main setahun sekali jadi nak beli but mahal-mahal pun tak berbaloi..

tapi ini pengajaran untuk aku…kalau nak save jangan malu orang booo…!!!

Thursday, February 12, 2009

Sejarah – Pindah Ke KL.

Kami pindah semula ke KL. Abah buat keputusan beli rumah flet kat Kg. Baru..akhirnya kita pindah ke rumah flet tu..tingkat 1, No 5A, Blok A..rumah flet ini ada 3 bilik dan agak selesa jugak..

Jadi bermulalah kehidupan aku di flet ini…jiran sebelah rumah aku ialah Pakcik Hamsi dan Makcik Sarah…diaorang ada 4 anak perempuan dan 2 anak lelaki…sebelah lagi jiran ialah makcik mimi..ada 4 anak lelaki dan 2 anak perempuan…

Kat bawah flet ni ada pelbagai kedai seperti kedai jahit, kedai hardware, kedai gambar, kedai gunting (bapak roslan aziz punya)…dam macam-macam lagi..

Di depan rumah aku jalan tun razak..jalan ni tak pernah sunyi dengan kereta 24 jam…kalau ada sedara mara aku datang kat rumah..mereka mesti susah nak tidur malam sebab bising dengan bunyi kenderaan..macam keluarga aku dah biasa dah..lena sepanjang malam..

Keseluruhan flet kg. baru ini ada 7 flet…ABCDEFG...ada flet punya gelaran tersendiri…blok C dipanggil blok orang buta sebab banyak orang buta duduk blok ni…blog G dipanggil blok mat fit sebab banyak kaki fit (dadah)…blok C pulak banyak orang berlagak dan tak campur orang…

Rumah flet ni sampai sekarang ada lagi..abang sulung aku duduk flet ni bersama keluarga dia…sekarang ni flet ni telah dikelilingi oleh jalan atas dan bawah…KLCC…telekom..bangunan-bangunan tinggi…kesian aku tengok flet ni..semakin dihimpit oleh pembangunan disekitarnya…

Tuesday, February 10, 2009

Sejarah-sedara mara

Abah dan mak aku ni memang aku respek habis..ramai sedara mara dia orang mesti menjadikan rumah aku sebagai tempat port…rumah aku ni jadi tempat pertama untuk orang kg mak dan abah aku datang bila kali pertama berhijrah ke KL..pioneer..

Ramai ahli keluarga mak dan abah aku menumpang rumah kami..cik cha, cik li, chik, anag hassan, pak ngah, makcik pisah. Maksu dan ramai lagi..

Sedara mara aku ini jadikan rumah aku sebagai tempat persinggahan sementara sebelum mereka menapak dan bermastautin di KL…bila diaorang dah stabil dia orang akan keluar dari rumah aku dan lepas tu sedara mara diaorang pulak jadikan rumah diaorang tempat rumah persinggahan..

Aku tengok abah dan mak tak kisah sedara mara datang dan tinggal kat rumah rumah..kalau orang lain mungkin rimas sikit sebab ramai..aku dan abang aku pernah tidur kat luar sebab dalam bilik dah penuh…

kesannya aku dan abang aku tak kisah kalau sedara mara datang dan tinggal dengan kita orang sebab dah terbiasa…kadang-kadang rasa rezeki bertambah kalau ada orang tinggal dengan kita…

Monday, February 9, 2009

politik

sedih aku dengan keadaan politik di negeri perak..

aku rasa biarlah rakyat yang menentukan siapa yang dia pilih bukan orang lain..

Allah juga yang Maha Mengetahui dan Maha Menentukannya..

Wednesday, February 4, 2009

isnin 2.2.09

Ada dua perkara berlaku hari isnin lepas

Pertama …hari jumaat lepas ..30.01.09…bos aku pergi sembahyang jumaat dengan aku dan cik din…lepas sembahyang jumaat dia masuk bilik dia dan tak lama kemudian dia keluar ke MITI sebab ada appointment…

Tak lama selepas tu dia call aku maklumkan handphone dia tertinggal dalam bilik dia…dia perlukan satu nombor yang ada dalam hp tu..aku pun masuk bilik dia..ambik hp dia yang tengah charge dan dapatkan nombor yang dikehendakinya…Selepas aku call dia..aku masukkan hp dia dalam laci dan selepas tu aku kunci bilik dia…

Hari isnin..bila bos aku sampai ofis dia cari hp dia tapi tak jumpa..aku pun tolong cari dan aku masih ingat tempat aku letak hp dia…surprise!!!..aku tak jumpa hp dia..dan lagi misteri charger dia pun hilang jugak…aku pun bingung..bos aku macam hampa jugak tapi apa nak buat…tak kan nak suruh aku ganti..mungkin ada kaki sapu kat ofis aku atau ada dot dot dot…serammmm!!!!

Kedua..bila aku balik kerja anak sulung aku…ashraf…beritahu dia dapat wakil sekolah untuk sukan bolasepak…dia ada pemilihan petang tadi dan dia dapat wakil sekolah…aku dah pakat dengan anak saudara aku…fendi..persuade ashraf pergi pemilihan tu…ucu dia pun suruh fendi ni pujuk anak aku suruh pergi…aku tau sangat perangai ashraf ni..kalau tak push dia..takkan dia pergi pemilihan tu..sebelum tu ucu dia suruh aku beli kasut bola untuk ashraf tapi aku tak mau beli sebab pernah aku beli kasut bola dengan stoking dan pad sekali tapi haram dia tak pakai pun..aku nak tengok kesungguhan dia dulu baru aku belikan…

Aku tengok dia memang minat main bola…dalam rumah pun dia main bola dengan adik dia..afiq..bayangkan dalam rumah pun dia main bola..bising isteri aku!!!..signal motor aku pecah..bola yang aku beli pun banyak pecah dan hilang..dinding pagar rumah yang putih tu pun banyak bercop bola…ada bola tersangkut atas bumbung rumah aku dan rumah jiran aku…macam-macam lagi…

Nak kata dia pandai main..susah aku nak nilai..kalau ikut aku memang aku tak pandai main bola..Cuma pak we dan ucu dia pandai main bola…tapi ucu dia kata anak aku ada skill jugak.. tak tau lah…

nampaknya aku kena keluar duit beli kasut bola untuk anak aku…tak pe asalkan dia minat..

untuk anakku ashraf..abah sentiasa sokong apa yang ashraf minat..

Sunday, February 1, 2009

sejarah - ipoh

Abah beritahu dia akan kerja di ipoh….jabatan kastam..jadi kami satu famili akan follow dia...rumah yang kami duduk tu tepi sungai kinta...ada beberapa kenangan aku duduk di ipoh ni..

Aku masuk tadika...duduk kat belakang sekali...aku ingat lagi bila aku salah tulis...aku guna air liur padam tulisan yang salah tu..pemadam aku ntah kemana...jadi air liur jadi gantinya...kesudahannya buku aku hitam, basah dan kotor...kreatif jugak aku...

Dekat sungai kinta ada cerun sikit..jadi salah satu aktiviti aku dan kawan-kawan guna kotak untuk turun cerun tu...macam gelongsor lah...seronok tak terkata...

Kat ipoh jugak aku mula tak suka kucing...ada ke sekor kucing dengan selamba lompat dari atas timbunan kayu terus kat belakang aku...dengan kukunya yang tajam kucing tu cengkam belakang aku dan mengelongsor jatuh...punyalah panjang bekas kuku kucing tu atas belakang aku...sejak tu lah aku tak berapa berkenan dengan kucing..kira dendamlah tu..

Aku dapat sorang adik lagi...adik perempuan aku tu dinamakan rozita...sempat jugak mak n abah buat projek...jadi kami sekarang berempat...2 lelaki dan 2 perempuan...bertambah lagi keluarga kami....

Tapi kami duduk kat ipoh sekejap je sebab abah beritahu dia nak kerja kat KL semula...bagi kami sekeluarga tak kisah kemana abah nak pergi sebab kami semua akan follow dia...aku pun hairan sebab sekejap betul duduk di ipoh...bila aku dah dewasa ni baru aku tahu sebab sebenar abah tak nak kerja di ipoh lagi...mak beritahu abah tak sanggup terima duit kopi...bukan dia yang mintak tapi orang yang nak bagi...abah tak mahu bagi kami sekeluarga makan duit tu...

Walaupun sekejap tetapi banyak kenangan aku kutip semasa duduk di ipoh...salam rindu untuk kawan-kawan dan jiran-jiran aku di ipoh (sori..tak ingat nama mereka)

Thursday, January 29, 2009

CUTI

Company wajibkan cuti 28-29 jan 2009..nampaknya cuti panjanglah aku..tak pe lah asalkan jangan diorang suruh cuti selama-lamanya..kena buang lah tu..

Banyak hal aku terpaksa uruskan masa cuti ni…

Ahad 25 Jan 2009 – adik ipar aku (najib) bertunang... ...najib ni merupakan antara adik ipar favourite aku...tunang dia asal negeri 9...senawang...kalau nak diikutkan mak mertua aku dah serik dengan menantu orang negori...tapi demi anak-anak mak mertua aku terima jugak....lagi pun si najib ni anak yang bertanggungjawab dan pandai ambik hati mak mertua aku...

Jadi sebelum tu isteri aku bertungkus lumus buat hantaran untuk bertunang...kreatif jugak isteri aku ni....aku tolong gam dan gunting apa-apa yang patut...itu pun pasal aku nak ambik hati isteri aku...kalau tidak malas aku nak tolong...

Masa hari bertunang...berjalan dengan lancar...mak dan bapak mertua najib aku tengok senang berunding dan tak banyak songeh..kahwin nanti bulan 6...tak lama bertunang dia orang ni...

Malam tu pulak aku balik kg...kuala kangsar...pukul 1 pagi kami sekeluarga sampai Kuale...mak aku tunggu kami semua...

Seronok bila balik kg...terutama jumpa mak aku....ramai jugak adik beradik aku kat rumah tu..
..adik perempuan aku anis pun ada
..adik aku ita memang duduk dengan mak aku
..adik bongsu aku chan memang dah lama sampai kat kg....awek dia pun ada kat rumah mak aku
..cuma abang aku mizi dan adik lelaki aku adam tak balik kg....

Walaupun begitu suasana tetap meriah..saat berkumpul adik beradik begini buat aku rasa sungguh gembira...walaupun ada pernah bergaduh dan berkecil hati antara satu sama lain..tetapi cepat-cepat kami settlekan..jangan berpanjangan...aku akan pastikan keharmonian keluarga aku sampai bila-bila...

Aku hormati adik-adik dan abang aku...takkan putus air dicincang...

Hari rabu kami sekeluarga balik ke banting...hari khamis isteri aku kerja dan anak-anak aku sekolah...jadi adalah peluang aku nak rilek...tapi bila tengok kain baju menimbun terpaksalah aku settlekan...sampai petang aku basuh, jemur dan lipat baju...rumah pun aku kemas sikit-sikit... isteri aku bising tengok rumah bersepah tapi aku diam je sebab anak-anak aku yang sepahkan...

Cuti...best dan meletihkan...duit pun banyak kopak jugak...

Thursday, January 22, 2009

Sejarah - kem askar

satu hari tu mak dan abah aku kelam kabut pegang tangan aku dan gedong adik perempuan aku ..anis

nak pergi mana mak..aku tanya mak

mak kata…ikut sahaja…muka mak nampak cemas…aku nampak abah bawa apa yang patut sambil pegang abang aku…mizi

lepas tu kita orang masuk kem askar yang dekat rumah aku tu..aku hairan jugak sebab askar yang jaga pintu pagar tu pun tak larang kita orang masuk..sebelum ni jangan haraplah nak masuk kem tu sebab dilarang masuk…

mak aku kata…ada orang melayu dengan cina bergaduh kat chow kit dan kg. baru….ada yang mati jugak…mak aku takut jugak sebab kg baru bukannya jauh dari rumah aku….takut merebak sebab tu kami lari masuk kem askar….

rupa-rupanya kejadian itu menjadi isu nasional…tragedi 13 Mei…

bagi aku rilek je sebab aku rasa kalau diaorang nak gaduh biarkanlah…bukan aku yang kena cepuk…itu fikiran budak umur 4 tahun..sekarang ni kalau berulang lagi peristiwa 13 Mei tentu aku akan jadi orang yang paling sedih….

Wednesday, January 21, 2009

Sejarah 1

aku dilahirkan di kuala lumpur.....hospital kuala lumpur...anak ke 2 dari 6 adik beradik...


aku ingat lagi aku tinggal di rumah kilat (setinggan) di keramat....berdekatan dengan rumah aku ada kem askar dan pulapol...


keluarga aku bukannya senang...abah bekerja sebagai kerani...mak pulak surirumah sepenuh masa...abah pulak buat kelas tuisyen kat rumah...dapatlah jugak tampung kehidupan sedikit sebanyak..aku ingat lagi anak murid dia abang ucop dah berjaya sekarang kerana abah ajar dia tuisyen...abang ucop kenang jasa aruah abah aku sampai sekarang..


rumah kilat tu bukan ada kemudahan sangat.. mandi kitaorang pakai perigi...sejuk oooo....dalam rumah pun bukannya ada banyak perabot ...mak aku kata diaorang mula-mula datang KL bawak tikar dan bantal saja....tapi zaman sekarang ni kalau anak masuk asrama...segala benda nak dibawak ke hostel...


aku ingat lagi ada sorang jiran aku meninggal sebab denggi...maklumlah rumah setinggan..berterabur dan sesak.. mana ada fikir pasal lain selain dari survive...


kehidupan masa tu simple dan happy...yang aku tahu makan, main,makan,main...tidur...kalau ada orang bawak aku pergi pulapol..dapatlah aku tengok wayang gambar...masa tu boleh tengok wayang free kat pulapol tapi bukanlah cerita yang uptodate tapi cerita lama...ada cerita koboi..cerita cinta...tapi tak ingat lah pulak aku tajuk ceritanya.....




Tuesday, January 20, 2009

isteri aku

Azizah...isteri aku....

sayang sangat aku dengan isteri aku...dengan aku dia banyak sabar...

dengan perangai aku yang kadang-kadang degil, pemalas, tak romantik, tak sensitif...dia sabar je dengan aku..walaupun dia bising dengan ngomelan dia...aku buat tak tau jee...itu yang dia angin dengan aku...

walaupun aku tak pandai sangat tunjuk sayang pada isteri aku.. tapi kenyataannya aku memang sayang isteri aku ni...

dia beri aku 4 orang anak yang comel...masa mula kahwin dulu risau jugak..boleh ke aku dapat anak...aku tak risau isteri aku sebab aku tengok dia subur je...tapi alhamdulillah anak aku lahir dengan selamat..sorang-sorang keluar sampai 4 orang sekarang ni...

isteri aku orangnya tabah..boleh berdikari...anak harapan ma dan abah dia...kakak yang bertanggungjawab dengan adik-adik dia..pensyarah yang garang tapi disayangi oleh pelajar dia....

untuk isteriku tersayang ...moga kasih sayang dan usia perkahwinan kita sehingga akhir hayat...

COSMOS

salam dari aku...

COSMOS...mana aku dapat nama niii.

sebenarnya masa aku umur 12 tahun...kampung aku ada satu team bolasepak terdiri dari budak-budak umur bawah 12 tahun...kitorang pikir apa nama team bola ni..

dalam masa tu kitorang kumpul duit nak beli jersi...jersi yang dipilih jersi team new york cosmos...tak salah aku PELE main dengan pasukan ni di US...

jadi...kesudahannya team aku nama NEW YORK COSMOS....nanti aku letak gambar team aku..gempak

sebab tu nama COSMOS begitu melekat dalam hati aku....

ingat kenangan dulu....lawan team keramat..team flat sg. baru...team hospital KL...main tak seberapa tapi seronoknya tak terkira...

untuk kawan-kawan team NY Cosmos...syam,mi, kahar, ijam, nuar, lan dan ramai lagi budak flat kg. baru..aku sentiasa menghargai kenangan kita bersama....